BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 29, 2010

UiTM Melaka



UiTM Melaka bermula pada Ogos 1984 di bangunan sementara di Institut Kemahiran MARA (IKM) di Jalan Hang Tuah. Pada permulaan jumlah kakitangan hanya 32 orang, iaitu terdiri dari kakitangan sokongan dan lima (5) orang pensyarah. Jumlah pelajar pertama ketika itu seramai 158 orang sahaja dan kursus yang ditawarkan adalah Diploma Pentadbiran Awam (DPA), Diploma Pengajian Perniagaan (DBS), Diploma Perakaunan (DIA) dan Diploma Sains Kesetiausahaan (DSS

Tanggal Januari 1994 ialah tarikh berpindahnya ITM Melaka ke kampus tetap di Lendu, Alor Gajah. Keluasan kampus ialah 358.2 ekar dan jaraknya ialah 26 km dari Bandar Melaka. Pada 3 Mei 1996 Kampus UiTM Melaka (ITM Melaka ketika itu) telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 26 Ogos 1999. Tarikh itu adalah tarikh yang sama Perdana Menteri Malaysia mengistiharkan ITM dinaikkan taraf kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Dari 1984 sehingga kini UiTM Melaka telah diterajui oleh tujuh (7) orang Pengarah Kampus. Kini UiTM Melaka berkembang pesat dengan jumlah pelajar sudah melebihi 5000 orang. UiTM Melaka kini beroperasi dengan kekuatan seramai 245 kakitangan sokongan dan 315 orang pensyarah.

0 comments: